TAHFIZ ADALAH SATU PERMULAAN...
Baru-baru ni saya terbaca kecenderungan pelajar memilih sekolah-sekolah agama, maahad dan madrasah sebagai pilihan menyambung pengajian. ini adalah satu perkembangan positif. kecenderungan golongan muda ke arah agama.
Namun begitu masih saya dapati sikap prejudis ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka yg cemerlang ke sekolah-sekolah akedemik terbaik dan menghantar anak-anak mereka yg lemah ke madrasah tahfiz. Menghantar anak yg cemerlang adalah satu kesia-siaan. Hal ini kerana majoriti menganggap belajar madrasah tiada masa depan yang terjamin.
Sebenarnya pemikiran ini timbul kerana mereka menganggap pengajian tahfiz ini adalah tahap terakhir pengajian agama yang mana selepas itu mereka sudah boleh cari kerja di mana-mana. Pada hal pengajian tahfiz ini hanyalah satu permulaan seperti mana pengajian sekolah rendah. Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, adakah pelajar sekolah yang hanya mempunyai kelulusan UPSR yg baik boleh mendapat kerja yang baik diluar sana? setinggi mana gaji yg mereka boleh dapat?
Menghafal Al-Quran yg mulia adalah satu permulaan. Seperti mana pelajar sekolah rendah, pengajian bekas pelajar tahfiz tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka masih boleh mengikuti pengajian akedemik, mengambil peperiksaan SPM dan seterusnya memasuki mana-mana universiti.
Seorang pelajar yang pintar hanya memerlukan masa 4 tahun untuk menghafal Al-Quran dengan sempurna. pada ketika itu umur pelajar tersebut 16 tahun. Seterusnya pelajar tersebut boleh menyambung pengajian akedemik untuk mengambil peperiksaan SPM selama 2 tahun. Bermakna pelajar itu akan mengambil SPM umur 18 tahun. Buat apa nak kira lambat setahun dari pelajar biasa, dalam otak dia dah ada 30 juzuk AL-Quran yg mana pelajar lain tiada. Bukankah berbaloi semua itu?
Dan sekiranya pelajar itu mengambil masa 5 tahun untuk hafal Al-Quran (seperti saya) dan pada ketika itu dia telah berumur 17 tahun, dia boleh mengambil SPM fast track iaitu pengajian akedemik selama 2 tahun di mana-mana pusat tusyen swasta yg menawarkan pengajian tersebut (seperti Pusat Tusyen Nurid Ilmi Bandar Tun Husein On) dan mengambil SPM umur 19 tahun.
Anda tidak perlu pertikaikan kualiti dan keputusan SPM fast track ni kerana pelajar yg habiskan masa mereka 5 tahun mengikuti pengajian sekolah menegah pun berapa peratus yg cemerlang? berapa peratus yg berkualiti? dan berapa peratus yg lulus?
Ini fakta. Ini praktikal. Bukan semata-mata teori. Sahabat-sahabat saya telah buktikan. Kebanyakan mereka telah mencapai keputusan yg pelajar sekolah biasa pun gagal mencapainya. Ini kerana mereka sudah biasa menghafal. Maka untuk menghadap ilmu-ilmu lain tidak menjadi satu bebanan besar bagi mereka.
Kesimpulannya, sekiranya anak tuan-tuan betul-betul bijak, hantarlah mereka untuk hafal Al-Quran. Ajarlah mereka baca Quran sejak kecil supaya mudah mereka menghafal Al-Quran nanti. Kami tidak masukkan akedemik dalam silibus pengajian kerana tidak semua pelajar mampu nak bawa kedua-duanya sekali. Biasanya pelajar akan dapat salah satu; sama ada Al-Quran atau pun akedemik. Hanya pelajar yg betul-betul bijak akan dapat kedua-duanya skali.
Semua ini akan berlaku. Insya Allah.....