Cara Memilih Madrasah Tahfiz Untuk Anak-Anak - Syor Kepada Mereka Tentang Sekolah Tahfiz Yang Sesuai Untuk Menempatkan Anak2 Mereka. Di Sini Beberapa Panduan Serta Pandangan Kami Yang Diharapkan Dapat Membantu Anda Dalam Usaha Memilih Sekolah / Madrasah Tahfiz Yang Benar2 Ideal:-
Kami mencadangkan supaya anda memilih
sekolah tahfiz yang kedudukannya agak jauh dari kesibukan kota. Misalnya di
kawasan kampung atau sedikit pedalaman. Keadaan ini akan membantu anak2 anda
memberi fokus yang lebih maksima dalam usaha mereka menghafaz Al-Quran.
Kedua : Latarbelakang
Kedua : Latarbelakang
Apa yang kami maksudkan adalah
latarbelakang sekolah atau madrasah tersebut. Sebaiknya carilah tempat yang lebih ‘veteran’ di mana telah banyak melahirkan huffaz yang berjaya. Tidak
menjadi masalah jika lebih berminat kepada sekolah2 tahfiz yang lebih baru,
namun sebaiknya selidiklah prestasi sekolah tersebut terlebih dahulu. Terutama
sekali statistik bilangan huffaz yang berjaya dilahirkan saban tahun, juga
statistik pelajar yang keluar masuk samada dibuang atau berhenti. Ini penting
supaya anda tidak tersilap menghantar anak ke sekolah tahfiz yang tiada
prestasi atau ‘mandom’.
Ketiga : Guru
Ketiga : Guru
Pilihlah sekolah tahfiz yang mempunyai
guru tahfiz berpengalaman. Misalnya telah 10 atau 20 tahun mengajar tahfiz di
sekolah tersebut. Sebuah sekolah yang mempunyai bilangan guru tetap lagi
berpengalaman menunjukkan kecemerlangan serta iltizam sekolah yang tinggi dalam
misi dan visi mereka. Elakkan dari sekolah tahfiz yang tidak mempunyai guru
tahfiz berpengalaman, guru sementara,guru kerap berhenti, berkonflik dan
sebagainya. Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa apabila hafazan mereka
terhenti di tengah jalan akibat guru bermasalah.
Keempat : Sistem
Keempat : Sistem
Kami sangat2 berbesar hati untuk
mencadangkan kepada anda supaya memilih sekolah tahfiz yang mempunyai sistem pengajian yang baik. Sistem yang kami maksudkan adalah sistem tahfiz
yang tersusun dan konsisten. Banyak fenomena
sekolah tahfiz yang gemar bertukar sistem serta menjadikan pelajar2 mereka
sebagai ‘bahan eksperimen’. Kami tetap bertegas mengatakan bahawa, sistem
paling baik dan TERBAIK tetap adalah sistem tahfiz sepenuh masa. Madah lain
seperti fardhu ain tetap perlu, tetapi hanya diperuntukkan masa yang sedikit.
Sistem2 tahfiz bercampur akademik atau bercampur pondok rata2nya tidak
menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Dengan kata lain, kesannya tidak
menyeluruh. Mungkin ada yang mampu, tetapi sebahagian kecil sahaja. Justeru,
pilihlah sekolah tahfiz yang benar2 HARDCORE dalam bidang tahfiz jika anda mahu
anak2 anda benar2 menjadi al-hafiz.
Kelima : Bi’ah Tarbiyyah
Kelima : Bi’ah Tarbiyyah
Terakhir, berilah keutamaan untuk
memilih sekolah tahfiz yang mempunyai suasana mendidik atau bi’ah tarbiyyah
yang baik. Kami percaya kebanyakan sekolah tahfiz terutama yang veteran – sudah
sebati dengan keadaan ini. Para pelajar dibiasakan berjubah , berserban, wajib
solat berjemaah dan sebagainya. Ini penting bagi menjadikan jiwa anak2 anda
terdidik dan lembut seterusnya memudahkan Al-Quran mendiami hati2 mereka.
Sebaiknya, 40 hari pertama jangan benarkan mereka balik ke rumah. Biarkan
mereka benar2 sebati dengan keadaan madrasah, InsyaAllah mereka akan lebih mudah
melalui proses2 seterusnya.