
1 Jun 2013 bersamaan 22 Rejab 1434h - Telah diadakan Majlis Khatam bagi Kitab Sahih Bukhari buat kali yg ke-11. Majlis seperti ini diadakan pada setiap tahun setelah Kitab Sahih Bukhari selesai dipelajari. Kitab Sahih Bukhari ini juga dipelajari dengan Kitab Sahih yg lain seperti Sahih Muslim, Jami' Tarmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Nasa'i, Sunan Ibnu Majah, ditambah pula Muwattha Imam Malik dan lain-lain lagi. Kitab-kitab tersebut juga dipelajari sehingga khatam cuma tidak dibuat Majlis Khatam secara rasmi seperti Kitab Sahih Bukhari, ini kerana menjadi adat Ulama' Salaf dan Khalaf mengadakan Majlis Khatam secara rasmi bagi Kitab Sahih...