The Alien - Link Select

Sunday, 31 December 2017

Pilih pendidikan anak yg terbaik

TAHFIZ ADALAH SATU PERMULAAN...



Baru-baru ni saya terbaca kecenderungan pelajar memilih sekolah-sekolah agama, maahad dan madrasah sebagai pilihan menyambung pengajian. ini adalah satu perkembangan positif. kecenderungan golongan muda ke arah agama.

Namun begitu masih saya dapati sikap prejudis ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka yg cemerlang ke sekolah-sekolah akedemik terbaik dan menghantar anak-anak mereka yg lemah ke madrasah tahfiz. Menghantar anak yg cemerlang adalah satu kesia-siaan. Hal ini kerana majoriti menganggap belajar madrasah tiada masa depan yang terjamin.

Sebenarnya pemikiran ini timbul kerana mereka menganggap pengajian tahfiz ini adalah tahap terakhir pengajian agama yang mana selepas itu mereka sudah boleh cari kerja di mana-mana. Pada hal pengajian tahfiz ini hanyalah satu permulaan seperti mana pengajian sekolah rendah. Saya ingin bertanya kepada tuan-tuan, adakah pelajar sekolah yang hanya mempunyai kelulusan UPSR yg baik boleh mendapat kerja yang baik diluar sana? setinggi mana gaji yg mereka boleh dapat?

Menghafal Al-Quran yg mulia adalah satu permulaan. Seperti mana pelajar sekolah rendah, pengajian bekas pelajar tahfiz tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka masih boleh mengikuti pengajian akedemik, mengambil peperiksaan SPM dan seterusnya memasuki mana-mana universiti.

Seorang pelajar yang pintar hanya memerlukan masa 4 tahun untuk menghafal Al-Quran dengan sempurna. pada ketika itu umur pelajar tersebut 16 tahun. Seterusnya pelajar tersebut boleh menyambung pengajian akedemik untuk mengambil peperiksaan SPM selama 2 tahun. Bermakna pelajar itu akan mengambil SPM umur 18 tahun. Buat apa nak kira lambat setahun dari pelajar biasa, dalam otak dia dah ada 30 juzuk AL-Quran yg mana pelajar lain tiada. Bukankah berbaloi semua itu?

Dan sekiranya pelajar itu mengambil masa 5 tahun untuk hafal Al-Quran (seperti saya) dan pada ketika itu dia telah berumur 17 tahun, dia boleh mengambil SPM fast track iaitu pengajian akedemik selama 2 tahun di mana-mana pusat tusyen swasta yg menawarkan pengajian tersebut (seperti Pusat Tusyen Nurid Ilmi Bandar Tun Husein On) dan mengambil SPM umur 19 tahun.

Anda tidak perlu pertikaikan kualiti dan keputusan SPM fast track ni kerana pelajar yg habiskan masa mereka 5 tahun mengikuti pengajian sekolah menegah pun berapa peratus yg cemerlang?  berapa peratus yg berkualiti? dan berapa peratus yg lulus?

Ini fakta. Ini praktikal. Bukan semata-mata teori. Sahabat-sahabat saya telah buktikan. Kebanyakan mereka telah mencapai keputusan yg pelajar sekolah biasa pun gagal mencapainya. Ini kerana mereka sudah biasa menghafal. Maka untuk menghadap ilmu-ilmu lain tidak menjadi satu bebanan besar bagi mereka.

Kesimpulannya, sekiranya anak tuan-tuan betul-betul bijak, hantarlah mereka untuk hafal Al-Quran. Ajarlah mereka baca Quran sejak kecil supaya mudah mereka menghafal Al-Quran nanti. Kami tidak masukkan akedemik dalam silibus pengajian kerana tidak semua pelajar mampu nak bawa kedua-duanya sekali. Biasanya pelajar akan dapat salah satu; sama ada Al-Quran atau pun akedemik. Hanya pelajar yg betul-betul bijak akan dapat kedua-duanya skali.

Semua ini akan berlaku. Insya Allah.....

Tuesday, 26 December 2017

pengajian sepenuh masa MQSB

pengajian sepenuh masa



Kepada ibu bapa di Johor Baharu dan sekitarnya yang sdg mencari pusat Pengajian Tahfiz yg terbaik untuk anak2 mereka mempelajari  dan menghafaz al-Quran maka Madrasah Al-Quran Sinaran Baru (MQSB) ada menawarkan pengajian;

1. Tahfiz Al Quran sepenuh masa.
2. Pengajian Islam & Bahasa Arab (kitab)
 
Kami menggunakan Sistem Pengajian Tahfiz yang terbaik & berkesan. MQSB merupakan sebuah madrasah tahfiz persendirian (swasta) peringkat menengah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan juga dipantau sepenuhnya oleh JAINJ.

MQSB merupakan madrasah berasrama penuh yang dilengkapi dengan prasarana seperti kelas pengajian,asrama,surau,pejabat pentadbiran, bilik mesyuarat, dewan belajar,dewan makan, padang untuk riadhah dll.
 Sambutan masyarakat terhadap MQSB amat menggalakan,pelajar-pelajar yang menuntut di MQSB bukan sahaja datang dari dlm & luar negeri Johor bahkan dari luar negara.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ditalian: 075546407(pjbt)
0197454046 (hp mqsb)

Tarikh temuduga:
 *sila rujuk taqwim tahunan MQSB
Waktu:
8.30a.m- 11.00a.m shj.

Bawa bersama:
1.salinan kad pengenalan.
2.sekeping gambar berukuran passport.

Tempat adalah terhad...

Wednesday, 18 January 2017

MAJLIS PERUJIAN HAFAZAN AL-QURAN 1438H/2017M




PERINGKAT ZON 1 :
(Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Mersing & Kulai)
Tarikh : 16 Januari 2017
Tempat : Masjid Bandar Pontian
Masa : 8.00 pagi
PERINGKAT NEGERI :
Tarikh : 5-8 Februari 2017
Tempat : Kota Tinggi
PERINGKAT KEBANGSAAN :
Tarikh : 3-8 April 2017
Tempat : Bayu Resort Melaka
Sekian, utk makluman...





Sunday, 2 March 2014

Malam BBQ

Suasana Makan Malam - Malam Minggu 
Jumaat 7 Febuari 2014













 

Friday, 15 November 2013

Program Cuti Sekolah MQSB 2013


Modul Pengisian Program Cuti Sekolah

25 Nov – 21 Dis

2013




Fokus Utama Program Ini Adalah Seperti Berikut :- 



  • BACAAN DAN HAFAZAN AL QURAN
  • PEMAHAMAN ASAS FARDHU AIN,ADAB DAN DOA HARIAN
  • PEMBACAAN DAN PENULISAN JAWI
  • BAHASA ARAB KOMUNIKASI
  • PRINSIP DAKWAH DAN RIADHAH


BACAAN DAN HAFAZAN AL QURAN:-


  • Memperkenalkan kepada peserta mengenai hukum-hukum tajwid yang paling asas
  • Mendengar bacaan peserta dengan cara talaqqi agar dapat mentahsin dan memperbaiki bacaan mereka terutama surah Al-fatihah dan lain-lain
  • Memberikan surah-surah penting untuk dihafaz oleh peserta seperti Surah Yasin dan lain-lain




PEMBACAAN DAN PENULISAN JAWI :-


  • Melatih peserta membaca tulisan jawi dengan tepat,betul dan lancar
  • Juga melatih peserta menulis tulisan jawi dengan tepat sehingga mahir
  • Memberi latihan-latihan yang membantu peserta mampu membaca dan mahir menulis tulisan jawi
  • Contoh latihan penulisan adalah seperti menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi dan menukarkan tulisan jawi kepada tulisan rumi
  • Juga merangka karangan atau maqolah menggunakan tulisan jawi


PEMAHAMAN ASAS FARDHU AIN,ADAB DAN DOA HARIAN:-

Asas fardhu ain :

  • Mengucap Dua Kalimah Syahadat
  • Rukun Islam
  • Rukun Iman
  • Beristinjak
  • Membersihkan Najis
  • Cara Berwudhu'
  • Cara Bertayammum
  • Cara Mandi Wajib
  • Azan, Iqomah dan Jawapannya
  • Solat Fardhu (termasuk Solat Juma'at dan solat jamaah)
  • Solat Jenazah
  • Puasa
  • Aurat

Adab :

  • Adab dengan ibubapa
  • Adab menuntut ilmu
  • Adab makan dan minum
  • Adab tidur
  • Adab masjid
  • Adab tandas
Doa :
  • Makan dan minum
  • Pakai pakaian
  • Tidur dan bangun
  • Masuk dan keluar tandas
  • Masuk dan keluar masjid
  • Menaiki kenderaan
  • Saiyidatul istighfar
  • Untuk ibubapa
  • Pagi dan petang
  • Masuk dan keluar rumah
  • Dan lain-lain

PRINSIP DAKWAH DAN RIADHAH:-

Dakwah:
  • Membincangakan 6 sifat para sahabat
  • Memberi pendedahan awal mengenai tanggungjawab dakwah secara ringkas dengan bahasa yang mudah
Riadhah :
  • Sukan seperti futsal,ping pong,memanah dan sebagainya
  • Aktiviti luar kelas seperti bergotong royong
  • Motivasi










Monday, 3 June 2013

Majlis Khatam Bukhari Sri Petaling 2013




1 Jun 2013 bersamaan 22 Rejab 1434h - Telah diadakan Majlis Khatam bagi Kitab Sahih Bukhari buat kali yg ke-11. Majlis seperti ini diadakan pada setiap tahun setelah Kitab Sahih Bukhari selesai dipelajari. Kitab Sahih Bukhari ini juga dipelajari dengan Kitab Sahih yg lain seperti Sahih Muslim, Jami' Tarmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Nasa'i, Sunan Ibnu Majah, ditambah pula Muwattha Imam Malik dan lain-lain lagi. Kitab-kitab tersebut juga dipelajari sehingga khatam cuma tidak dibuat Majlis Khatam secara rasmi seperti Kitab Sahih Bukhari, ini kerana menjadi adat Ulama' Salaf dan Khalaf mengadakan Majlis Khatam secara rasmi bagi Kitab Sahih Bukhari untuk memperolehi keberkatan daripada Majlis Khatam tersebut dan supaya dapat menghasilkan fadhilat serta kelebihannya. Antara kelebihan Sahih Bukhari ialah:
1) Rumah yg ada Kitab Sahih Bukhari tidak akan terbakar.
2) Kapal yg membawanya tidak akan karam.
3) Ada diriwayatkan bahawa, Ulama' dahulu apabila ada sesuatu hajat dan ignin supaya hajat itu di qabulkan, mereka akan mengkhatamkan Kitab Sahih Bukhari, maka hajat itu akan diperkenankan.
dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yg lain boleh didapati didalam kitab-kitab yg menerangkan tentang kelebihan Sahih Bukhari.





Antara yg menarik pada Majlis Khatam Bukhari kali ini ialah, pada majlis tersebut juga diadakan acara pemakaian serban oleh Sheikhul Hadith yg pernah berkhidmat mencurahkan ilmu disana kepada graduan-graduan yg pernah menghabiskan pengajian disana dari tahun 2003, 2004, 2005 iaitu graduan Khatam Bukhari yg pertama, ke-2 dan ke-3. Sudah menjadi adat bagi pelajar-pelajar yg akan menamatkan pengajiannya di tahun Dauratul Hadith, mereka akan dipakaikan serban oleh Sheikhul Hadith yg mengajar ketika itu pada Majlis Khatam Bukhari tersebut. Ini adalah sebagai simbolik bahawa mereka telah diberi ijazah oleh Sheikhul Hadith mereka untuk menyampaikan apayg telah mereka pelajari kepada orang ramai.
Akan tetapi, bagi graduan yg pertama, ke-2 dan ke-3, mereka tidak memperolehi kelebihan dipakaikan serban oleh Sheikhul Hadith mereka pada tahun mereka menamatkan pengajian mereka, mungkin pada ketika itu pengajian sistem ini masih baru di negara kita, maka kerana itulah pada Majlis Khatam Bukhari baru-baru ini mereka diberi kemuliaan yg sepatutnya mereka perolehi pada tahun mereka, iaitu di pakaikan serban oleh Sheikul Hadith yg pernah mengajar mereka dahulu.

Alangkah beruntungnya mereka-mereka yg telah di kurniakan dengan nikmat ini,
Alangkah sejuknya perut kedua ibu-bapa mereka melihat kejayaan anak-anak mereka,
Alangkah gembiranya guru-guru mereka yg telah penat-lelah mencurahkan ilmu kepada mereka.

SEMOGA ALLAH MENJADIKAN KITA SEMUA JUGA DI KALANGAN ORANG-ORANG YG BERJAYA MENGHASILKAN KEREDHAANNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Thursday, 11 April 2013

Cara Memilih Madrasah Tahfiz

Cara Memilih Madrasah Tahfiz Untuk Anak-Anak - Syor Kepada Mereka Tentang Sekolah Tahfiz Yang Sesuai Untuk Menempatkan Anak2 Mereka. Di Sini Beberapa Panduan Serta Pandangan Kami Yang Diharapkan Dapat Membantu Anda Dalam Usaha Memilih Sekolah / Madrasah Tahfiz Yang Benar2 Ideal:-


Pertama : Kedudukan atau Geografi
Kami mencadangkan supaya anda memilih sekolah tahfiz yang kedudukannya agak jauh dari kesibukan kota. Misalnya di kawasan kampung atau sedikit pedalaman. Keadaan ini akan membantu anak2 anda memberi fokus yang lebih maksima dalam usaha mereka menghafaz Al-Quran.

Kedua : Latarbelakang
Apa yang kami maksudkan adalah latarbelakang sekolah atau madrasah tersebut. Sebaiknya carilah tempat yang lebih ‘veteran’ di mana telah banyak melahirkan huffaz yang berjaya. Tidak menjadi masalah jika lebih berminat kepada sekolah2 tahfiz yang lebih baru, namun sebaiknya selidiklah prestasi sekolah tersebut terlebih dahulu. Terutama sekali statistik bilangan huffaz yang berjaya dilahirkan saban tahun, juga statistik pelajar yang keluar masuk samada dibuang atau berhenti. Ini penting supaya anda tidak tersilap menghantar anak ke sekolah tahfiz yang tiada prestasi atau ‘mandom’.

Ketiga : Guru
Pilihlah sekolah tahfiz yang mempunyai guru tahfiz berpengalaman. Misalnya telah 10 atau 20 tahun mengajar tahfiz di sekolah tersebut. Sebuah sekolah yang mempunyai bilangan guru tetap lagi berpengalaman menunjukkan kecemerlangan serta iltizam sekolah yang tinggi dalam misi dan visi mereka. Elakkan dari sekolah tahfiz yang tidak mempunyai guru tahfiz berpengalaman, guru sementara,guru kerap berhenti, berkonflik dan sebagainya. Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa apabila hafazan mereka terhenti di tengah jalan akibat guru bermasalah.

Keempat : Sistem
Kami sangat2 berbesar hati untuk mencadangkan kepada anda supaya memilih sekolah tahfiz yang mempunyai sistem pengajian yang baik. Sistem yang kami maksudkan adalah sistem tahfiz yang tersusun dan konsisten. Banyak fenomena sekolah tahfiz yang gemar bertukar sistem serta menjadikan pelajar2 mereka sebagai ‘bahan eksperimen’. Kami tetap bertegas mengatakan bahawa, sistem paling baik dan TERBAIK tetap adalah sistem tahfiz sepenuh masa. Madah lain seperti fardhu ain tetap perlu, tetapi hanya diperuntukkan masa yang sedikit. Sistem2 tahfiz bercampur akademik atau bercampur pondok rata2nya tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Dengan kata lain, kesannya tidak menyeluruh. Mungkin ada yang mampu, tetapi sebahagian kecil sahaja. Justeru, pilihlah sekolah tahfiz yang benar2 HARDCORE dalam bidang tahfiz jika anda mahu anak2 anda benar2 menjadi al-hafiz.

Kelima : Bi’ah Tarbiyyah
Terakhir, berilah keutamaan untuk memilih sekolah tahfiz yang mempunyai suasana mendidik atau bi’ah tarbiyyah yang baik. Kami percaya kebanyakan sekolah tahfiz terutama yang veteran – sudah sebati dengan keadaan ini. Para pelajar dibiasakan berjubah , berserban, wajib solat berjemaah dan sebagainya. Ini penting bagi menjadikan jiwa anak2 anda terdidik dan lembut seterusnya memudahkan Al-Quran mendiami hati2 mereka. Sebaiknya, 40 hari pertama jangan benarkan mereka balik ke rumah. Biarkan mereka benar2 sebati dengan keadaan madrasah, InsyaAllah mereka akan lebih mudah melalui proses2 seterusnya.

Tuesday, 2 April 2013

Sambutan Hari Keluarga Warga MQSB - Felda Residence Tanjung Leman


Alhamdulillah, baru-baru ini pada hari jumaat, bersamaan 22 mac 2013, telah diadakan 'rehlah' merangkap sambutan hari keluarga sebagai pelengkap program tahunan bagi warga MQSB. Ini bagi lebih mengeratkan lagi hubungan sesama asatizah dan kakitangan madrasah.
Beberapa aktiviti dan acara telah diadakan bagi melengkapkan program disepanjang tempoh 
rehlah itu berlansung.
Antara aktiviti yang diadakan:
  • pertandingan bola tampar pantai (lelaki)
  • pertandingan futsal (lelaki)
  • pertandingan polo air (lelaki)
  • pertandingan bowling padang (wanita & kanak-kanak)
  • pertandingan bulu tangkis (wanita) 
  • pertandingan lari dengan mengikat kaki secara berpasangan (kanak-kanak) 
  • pertandingan meniup belon sehingga pecah (kanak-kanak)
  • pertandingan berlari sambil membawa bola ping-pong  di mulut (kanak-kanak)
  • acara flying fox (lelaki)
dan sebagainya.



    Permandangan Felda Residence dari satu sudut.

    Keadaan di Swimming Pool.

    Pemandangan dari arah belakang. 







    Reaksi peserta sebelum mula menaiki flying fox.




    Pertandingan bola tampar.

    Permandangan berhampiran jeti Tanjung Leman.

  

    Permandangan pantai pada waktu petang dan senja.

 
Photography Templates | Slideshow Software