Visi
Melahirkan ulama’ daie yang berketerampilan, berwibawa dan bertaqwa yang mampu menyumbang ke arah pembangunan seluruh umat.
Misi 1
Menerapkan ilmu serta bimbingan dan tarbiah mengikut kefahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Misi 4
Membangunkan keperibadian pelajar melalui khidmat, interaksi dan penyampaian ilmu kepada masyarakat.
Sunday, 2 March 2014
Friday, 15 November 2013
Program Cuti Sekolah MQSB 2013
Posted by Zar on 19:26
Modul Pengisian Program
Cuti Sekolah
25 Nov – 21 Dis
Fokus Utama Program Ini Adalah Seperti Berikut :-
- BACAAN DAN HAFAZAN AL QURAN
- PEMAHAMAN ASAS FARDHU AIN,ADAB DAN DOA HARIAN
- PEMBACAAN DAN PENULISAN JAWI
- BAHASA ARAB KOMUNIKASI
- PRINSIP DAKWAH DAN RIADHAH
BACAAN DAN HAFAZAN AL QURAN:-
- Memperkenalkan kepada peserta mengenai hukum-hukum tajwid yang paling asas
- Mendengar bacaan peserta dengan cara talaqqi agar dapat mentahsin dan memperbaiki bacaan mereka terutama surah Al-fatihah dan lain-lain
- Memberikan surah-surah penting untuk dihafaz oleh peserta seperti Surah Yasin dan lain-lain
PEMBACAAN DAN PENULISAN JAWI :-
- Melatih peserta membaca tulisan jawi dengan tepat,betul dan lancar
- Juga melatih peserta menulis tulisan jawi dengan tepat sehingga mahir
- Memberi latihan-latihan yang membantu peserta mampu membaca dan mahir menulis tulisan jawi
- Contoh latihan penulisan adalah seperti menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi dan menukarkan tulisan jawi kepada tulisan rumi
- Juga merangka karangan atau maqolah menggunakan tulisan jawi
PEMAHAMAN ASAS FARDHU AIN,ADAB DAN DOA HARIAN:-
Asas fardhu ain :
- Mengucap Dua Kalimah Syahadat
- Rukun Islam
- Rukun Iman
- Beristinjak
- Membersihkan Najis
- Cara Berwudhu'
- Cara Bertayammum
- Cara Mandi Wajib
- Azan, Iqomah dan Jawapannya
- Solat Fardhu (termasuk Solat Juma'at dan solat jamaah)
- Solat Jenazah
- Puasa
- Aurat
Adab :
- Adab dengan ibubapa
- Adab menuntut ilmu
- Adab makan dan minum
- Adab tidur
- Adab masjid
- Adab tandas
- Makan dan minum
- Pakai pakaian
- Tidur dan bangun
- Masuk dan keluar tandas
- Masuk dan keluar masjid
- Menaiki kenderaan
- Saiyidatul istighfar
- Untuk ibubapa
- Pagi dan petang
- Masuk dan keluar rumah
- Dan lain-lain
Dakwah:
- Membincangakan 6 sifat para sahabat
- Memberi pendedahan awal mengenai tanggungjawab dakwah secara ringkas dengan bahasa yang mudah
- Sukan seperti futsal,ping pong,memanah dan sebagainya
- Aktiviti luar kelas seperti bergotong royong
- Motivasi
Monday, 3 June 2013
Majlis Khatam Bukhari Sri Petaling 2013
Posted by Zar on 19:43
1 Jun 2013 bersamaan 22 Rejab 1434h - Telah diadakan Majlis Khatam bagi Kitab Sahih Bukhari buat kali yg ke-11. Majlis seperti ini diadakan pada setiap tahun setelah Kitab Sahih Bukhari selesai dipelajari. Kitab Sahih Bukhari ini juga dipelajari dengan Kitab Sahih yg lain seperti Sahih Muslim, Jami' Tarmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Nasa'i, Sunan Ibnu Majah, ditambah pula Muwattha Imam Malik dan lain-lain lagi. Kitab-kitab tersebut juga dipelajari sehingga khatam cuma tidak dibuat Majlis Khatam secara rasmi seperti Kitab Sahih Bukhari, ini kerana menjadi adat Ulama' Salaf dan Khalaf mengadakan Majlis Khatam secara rasmi bagi Kitab Sahih Bukhari untuk memperolehi keberkatan daripada Majlis Khatam tersebut dan supaya dapat menghasilkan fadhilat serta kelebihannya. Antara kelebihan Sahih Bukhari ialah:
1) Rumah yg ada Kitab Sahih Bukhari tidak akan terbakar.
2) Kapal yg membawanya tidak akan karam.
3) Ada diriwayatkan bahawa, Ulama' dahulu apabila ada sesuatu hajat dan ignin supaya hajat itu di qabulkan, mereka akan mengkhatamkan Kitab Sahih Bukhari, maka hajat itu akan diperkenankan.
dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yg lain boleh didapati didalam kitab-kitab yg menerangkan tentang kelebihan Sahih Bukhari.
Antara yg menarik pada Majlis Khatam Bukhari kali ini ialah, pada majlis tersebut juga diadakan acara pemakaian serban oleh Sheikhul Hadith yg pernah berkhidmat mencurahkan ilmu disana kepada graduan-graduan yg pernah menghabiskan pengajian disana dari tahun 2003, 2004, 2005 iaitu graduan Khatam Bukhari yg pertama, ke-2 dan ke-3. Sudah menjadi adat bagi pelajar-pelajar yg akan menamatkan pengajiannya di tahun Dauratul Hadith, mereka akan dipakaikan serban oleh Sheikhul Hadith yg mengajar ketika itu pada Majlis Khatam Bukhari tersebut. Ini adalah sebagai simbolik bahawa mereka telah diberi ijazah oleh Sheikhul Hadith mereka untuk menyampaikan apayg telah mereka pelajari kepada orang ramai.
Akan tetapi, bagi graduan yg pertama, ke-2 dan ke-3, mereka tidak memperolehi kelebihan dipakaikan serban oleh Sheikhul Hadith mereka pada tahun mereka menamatkan pengajian mereka, mungkin pada ketika itu pengajian sistem ini masih baru di negara kita, maka kerana itulah pada Majlis Khatam Bukhari baru-baru ini mereka diberi kemuliaan yg sepatutnya mereka perolehi pada tahun mereka, iaitu di pakaikan serban oleh Sheikul Hadith yg pernah mengajar mereka dahulu.
Alangkah beruntungnya mereka-mereka yg telah di kurniakan dengan nikmat ini,
Alangkah sejuknya perut kedua ibu-bapa mereka melihat kejayaan anak-anak mereka,
Alangkah gembiranya guru-guru mereka yg telah penat-lelah mencurahkan ilmu kepada mereka.
SEMOGA ALLAH MENJADIKAN KITA SEMUA JUGA DI KALANGAN ORANG-ORANG YG BERJAYA MENGHASILKAN KEREDHAANNYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.



